Friday, May 21, 2010

Musim baru.

Aku belum mati. Maaf kerana lama tak menulis di sini.

Terima kasih tuhan. Aku kini bergelar pelajar tahun akhir ilmu perubatan. Dalam kepayahan dan halangan yang bertalu menguji, aku berjaya sampai ke muara. Sikit lagi sebelum dapat berlepas ke lautan dunia pekerjaan. Semuanya berkat kepatuhan aku pada ayah, dan keinginan untuk melihat ibu bangga punya anak seorang perawat.


Bunga-bunga mula memekar di Bangalore. Bandar ini kembali berwarna-warni setelah 3 bulan berpanas.


Cantik. Lebih indah kalau dilihat terus di depan mata.

Dua semester di tahun tiga, aku menjadi semakin dewasa. Aku juga menjadi semakin sabar. Tanpa dia di sisi, aku mungkin tak sampai ke saat ini. Kau yang menjadikan hari-hari aku indah. Aku mencintai kesederhanaan kamu. Tidak ada kotak-kotak kekar di perutmu. Dadamu tidak bidang. Namun aku menyayangimu lebih dari yang kutahu. Lebih dari yang aku mampu. Sayang itu tidak lahir sekelip mata. Cinta itu lahir tanpa diduga, seperti Tuhan yang kadang mengetuk pintu hati kita tanpa diminta. Aku mencintai dadamu yang tidak bidang. Aku mencintai caramu ketawa, tarikan sudut bibirmu, senyum lebarmu. Aku mencintai kening lebarmu, mata teduhmu, bibirmu. Aku mencintai caramu menatapku. Aku mencintaimu lebih dari hamparan pasir hangat, merdu gelombang laut, keheningan senja, dan lengkungan pelangi. Aku mencintaimu lebih dari semua keindahan yang pernah kutemui.


Pertama kali sampai ke India, menikmatinya cuma dengan harga rs25. Kini di tempat yang sama shawarma roll ini harganya rs40. Rupanya sudah empat tahun aku di sini. Oh, ini makanan yang kerap kami kongsi. Itu signifikannya.

Tuesday, May 11, 2010

Biadap.


Menyakiti orang lain, apa pun alasannya, sama saja dengan menyakiti diri sendiri. Dan pada akhirnya, diri sendirilah yang paling menderita.




Lelaki pendek, botak itu memang bermulut bangsat.