Tuesday, April 28, 2009

Back to bedlam.




Sometimes, something better left unspoken. Inevitably, it has made me sad and flustered. I wish I am invisible.

Friday, April 17, 2009

yang ke-23.



Kami berjanji temu kali pertama di The Only Place Steakhouse, Museum Road. Aku rasa dia baik. Aku tahu dia romantik. Bersama kali pertama dengan pemandangan malam yang suram dilayan pula sehingga kenyang tentunya aksi romantis. Detik itu membuka makna untuk bahagia, yang harapnya mampu bertahan sampai bila-bila.Love came and whispered a story that awakened a dream. I'm drawn to everything that you do and nothing compares with you.


Selamat hari lahir [moga warna dan bintang makin terang, moga hati dan budi masih sama]. Terima kasih untuk selalu menjadi tempat mendekat saat saya mendamba kehangatan rumah. Terima kasih untuk sentiasa menjadi sauh saat kapal kecil ini kehilangan haluan. Terima kasih untuk cinta tanpa syarat yang tidak pernah menuntut balasan. Terima kasih kerana selalu ada. Di dalam sini. Dan yang terpenting, terima kasih untuk selalu mengingatkan, lagi dan lagi, mengapa saya jatuh cinta kepada kamu.

Wednesday, April 15, 2009

Pulang ke desa.

Setinggi-tinggi terbang bangau, jatuhnya ke kubangan juga .Setelah sekian lama bertualang, aku pulang akhirnya. Di sana segala rasa tergambar dengan jelas, ketika air mata dan senyum bahagia bersatu, bersimpul dengan segarnya udara desa, tempat aku dibesarkan. Dan aku akan masih terus berantauan, begitulah aku dan kebanyakan orang yang punya cita-cita [untuk terbang sebebas camar].

[6-17 April 2009 : Langkawi, Kedah]

Senja di sana.



Jernih airnya.

The saviors, bot kami rosak di tengah paya bakau.



Bot itu.

Kaklong, ayah, Faiz [tekun sungguh pilih makanan].


Jinak-jinak si ikan pari.


Faiz di sangkar ikan.


Hujan pula.



Pakcik bot.

Gua buaya.


Mini-castle [Pantai Chenang, Langkawi]


Faiz and his Alam Shah clan.


Kaklong dan Yaa.



Speed boats di tepi pantai.

Sampan-sampan di tengah laut.


Bot-bot Siam.


Damai sungguh.


Damainya di tanah sendiri.

Restoran Nelayan, Langkawi.

Tempatnya betul-betul di kuala, segar belaka seafoodnya.

Siput sedut [before being cooked].

Kaklong dan Yaa [again]

Masa kecilku sangat indah. Petang-petang aku selalu diajak jalan-jalan oleh ayah ke pantai, sekadar melihat matahari terbenam. Aku merasa curahan kasih sayang mereka yang sangat dalam, bahkan mungkin terlalu dalam. Kemudiannya aku dibesarkan tok dan wan. Kokok ayam selalu membangunkanku subuh-subuh, lalu aku segera membuka mata. Aku senang melihat kabut yang menyelubungi sekitarku. Tok wan pasti sudah bangun dan minum kopi sambil menunggu tok menyiapkan nasi goreng.

Masa kecilku banyak dihabiskan bersama tok, kadang-kadang mengikut kaklong bermain bersama anak-anak kampung lain.
Aku masih ingat pertama kali kaklong mengajak aku ke sawah, aku takut sekali membonceng basikalnya. Namun aku senang melihat bulir-bulir padi. Damai merasakan sejuknya butir-butir embun yang membasahi kaki kecilku. Kami bermain air di kali, menangguk ikan laga dan udang-udang kecil sebelum dijeritkan tok untuk pulang kerana hari telah senja. Berjauhan dari kampung halaman, aku rindu dibangunkan kokok ayam, rindu berkubang dan menangguk ikan di kali, rindu bau jerami yang basah disiram hujan, asyiknya main silat di atas longgokan jerami, gurihnya daging burung yam-yam yang kami tangkap, sedapnya ikan haruan dan segala kenangan indah yang tetap aku simpan di dalam bilik-bilik hatiku. Kenangan yang pasti dengan bangga aku ceritakan kepada anak-cucuku nanti [jika aku punya umur].

Thursday, April 9, 2009

Sigh

In an exam, what matters is the result.
The fact that you've given your best or not has no value.


Kenji Sakuragi, Dragon Sakura.

Tuesday, April 7, 2009

Kepulangan tok

Death leaves a heartache no one can heal,
love leaves a memory no one can steal.


Kematian dan kasih, menumbuhkan rindu yang tak mungkin ada sesiapa mampu menyembuhkan. Kepulangan aku ke tanah air sebetulnya demi tok. Melihat dia masih mampu tersenyum menyambut kehadiran aku, dengan tangis gembiranya setiap kali aku pulang dari Seremban, Banting atau rantau orang itu nikmat yang membahagiakan. Tapi itu hanya jadi mimpi. Tok telah pulang ke tempat dia dipinjamkan, untuk selama-lamanya. I’m still in a daze and grieving but take comfort from the fact that she died peacefully on Friday morning and was buried after Friday prayers during which many joined in the funeral congregation. She died surrounded by her loved ones.

Aku punya ibu-bapa yang memberi kasih tak ternilai, dan aku juga punya datuk dan nenek yang aku telah anggap seperti juga ibu bapa. Aku hidup dengan kasih-sayang mereka. Keluarga yang tanpa dapat aku nafikan, menyayangi aku. Aku bukan orang yang baik untuk diberikan segala nikmat tuhan ini. Aku tak menyalahkan mereka merahsiakan pemergian tok, sedang aku menghabiskan peperiksaan yang masih berbaki. Tok pulang ketika aku menyudahkan tahun kedua MBBS dalam ketidaksediaan aku untuk menjawab peperiksaan. Syukur tuhan aku mampu melalui, dan kini di tahun tiga.

Aku bercita-cita untuk melihat tempat orang. Kata tok, satu hari nanti kakngah akan pergi jauh merantau. Tapi tok tak akan sedih, malahan gembira kalaupon kakngah tinggalkan tok. Kepulangan tok seolah-olah membawa pergi living proof masa lalu, yang membahagiakan. Tapi ingatannya masih di hati aku, tanpa siapa dapat memadamkannya.