Sunday, August 29, 2010

Nom nom nom

Hari ini hari Ahad. Dah muak makan beriyani sepanjang minggu, aku rajin bangun pagi tahan autorickshaw ke Yeshwanthpur. Hajat di hati nak beli barang dapur. Pagi lagi dah ramai orang kat pasar ni. Berhimpit-himpit juga.


Deretan penjual sayur. Tapi aku lagi suka beli dari AbangSayur depan groceries shop. Bersih.


Bangalore dapat bekalan ikan segar setiap hari. Harganya pula RM3-4/kilo lebih murah berbanding Malaysia. Itu pon mahal sebab Bangalore kawasan bandar, kalau di kampung-kampung berdekatan laut jauh lebih murah.


Pilihan pelbagai rempah.

Balik ke rumah bersilat di dapur menyiapkan sotong celup tepung yang ditunggu-tunggu. Nom nom nom *sedapnya ikut resepi ini

Oh ibu...

dan Facebook!