Thursday, May 28, 2009

Friday, May 15, 2009

selamat hari guru


Jasa Cikgu - Cikgu Sulizi Awang

Cikgu hadir dalam hidup aku dalam makna yang sungguh besar. Kalau bukan kerana manusia pendidik, aku mungkin jadi buih di laut, beralun merenggang, keruh disapu badai. Atau mungkin juga ranting rapuh, kembali patah, jatuh ke bumi, hilang terbenam. Hilang dalam ketaksuban manusia membanding-banding sijil atau berbangga dengan nilaian wang. Sungguh, aku berhutang banyak dengan guru. Tapi jarang sungguh ada guru yang benar-benar mendidik.

Oh, kalau nak tahu erti guru sebenar patutnya habiskan ulang Dragon Zakura!

"For an examination question, there is always only one good answer. If you don’t find that single good answer, you fail. It’s very difficult problem. But for life, it’s different. In life, there are many correct answers. Going to university is good answer, not going is as well. If you want to do sports, music, or if you just want to enjoy yourself with friends, or even make a detour and help someone, these all good answers. Then, don’t live a cowardly life!"

Sakuragi-sensei
Dragon zakura.

Thursday, May 7, 2009

Abang [long].



Abang [ipar],
Jaga kaklong saya baik-baik [dan kami yang pastinya akan memeningkan dengan ragam yang macam-macam]. Dah tetap majlisnya, izin tuhan sampailah kakngah nanti.

Tuesday, May 5, 2009

C-section

Sekarang, aku posting obstetrics and gynaecology. Tadi sempat tengok Caesarean section, post-grad yang buat tapi assisted by Dr Vijaya. Mrs Gopika, 34 years old, elderly primi with difficulty in labour suspected of contracted pelvis. It's done under spinal anaesthesia. The baby girl is healthy, weight 2.3kg.






















Lahir ke dunia saja sudah satu nikmat. Hidup tidak selalu indah. Tapi sempurna. Dan untuk itu, kata yang paling layak barangkali hanya "Terima kasih". Sungguh, Tuhan. Tidak ada yang lain.

Well, setidaknya untuk saat ini.

Saturday, May 2, 2009

red lady red.

I was talking with Hafiz in the college bus on our way back from Baptist Hospital 3 days ago when I realized my growing fascination towards cars. Yes, car! [in fact that I don't owned any driving licence]. I love this red bimmer as the exterior styling is sleek to say the least: nice lines, almost feminine in its appeal.



Maybe, a bimmer as one of the hantaran[s] sounds pretty unrealistic but who knows I can get one. Or, it can be a suprised gift for the wedding anniversary. Or when you feel tired of driving me to and from my workplace. Very manjalah this girl kan.

I am dreaming while sleeping through the static Sunday, and I dream of the red lady.

Friday, May 1, 2009

kek coklat kukus.



Kek coklat ni ikut resepi kaklong tu tapi tak jadi sangat. Rasa tak lah sama dengan kek coklat yang kaklong bekalkan kakngah itu hari. Mungkin ni cubaan pertama ikut resepi tu, lain kali kakngah buat lagi. Kakngah paksa Hafiz habiskan sebab Awien bercuti ke Goa dengan kawan-kawan. Tak moist sangat, kakngah doublekan baking powder sebab tak dapat cari soda bikarbonat.

Bayang-bayang watak wayang.


Etong dan Akeng in action.

Semalam, sedang aku godek-godek mangkuk waktu buat kek coklat kukus [resepinya di email kaklong], aku teringatkan kisah aku kecil-kecil dahulu. Tiba-tiba aku berasa rindu. Rindu sama wayang. Selembar kulit yang diukir dan dibentuk menjadi sosok manusia yang kemudian digunakan untuk menceritakan kisah-kisah tertentu,sepertinya kisah pandawa lima dalam Mahabarata mahupun kisah cinta tragis (menurutku) Rama Shinta dalam Ramayana. Wayang kulit memang indah tetapi yang lebih indah lagi adalah falsafah dan pencerahan yang dikandungnya. Menjadi seni rakyat yang sebetulnya digemari, wayang kulit banyak menyampaikan mesej kemasyarakatan secara mudah.



Kalau dulu menyaksikan wayang kulit di padang sekolah memang asyik. Melihat orang beramai-ramai menunggu Wayang Kulit Sri Asun dengan lawak bersahaja Etong dan Akeng sangat mengujakan. Sri Asun memang terkenal di Kedah, sama hebatnya dengan wayang kulit Nang Thalung dan Nakhon Si Thammarat di Setoi, selatan Siam. Di Kedah siapa yang tak kenal Etong, Pak Tam dan Seniman Nunui. Dengan kacang rebus yang dibeli daripada penjual di tepi pagar sekolah, aku selesa walau berhimpit menunggu tirai putih menjelmakan bayang-bayang. Tok wan memang penggemar wayang kulit, ketawa sampai menampakkan barisan gigi palsunya yang putih bersih. Tok wan juga orang wayang di masa mudanya [mengikut kata ibu].


Ini Pak Tam.

Kalau tak salah, tok dalangnya Pak Majid. Pak Majid mewarisi bakat ayahnya dalang Mohd Noh Mahmud yang menubuhkan Wayang Kulit Sri Asun pada 1973. Aku tertanya-tanya masihkah wayang kulit jadi hiburan masyarakat di sana. Wayang Kulit Sri Asun sememangnya mewarnai masa kecilku di Kedah. Sepertimana ikan pekasam yang jadi identiti Jelapang Padi ataupon keropok lekor yang sinonim dengan masyarakat Terengganu, Wayang Kulit Sri Asun juga mesra di ingatan orang utara.