Monday, June 27, 2011

Seru.

Ya. Telah sampai seru kata orang kita.

Aku ingat lagi semasa dulu di KMB, semangatlah aku memimpin barisan 'wanita-wanita tak-perlu-lelaki'. Belum sampai seru. Seronok bercerita, bergelak-tawa mengulang aksi-aksi lawak ketika minum petang; kami bertiga ( aku, Fazleen, Sayba) disaksikan Hasni berjanji atas sekeping kertas ditulis jawi 'barangsiapa kahwin dulu wajiblah dia open-table sebagai tanda goyahnya prinsip no-man-no-cry'. Tekaan aku tepat. Fazleen yang pertama bertemu jodoh lima tahun kemudian. Bulan depan Sayba bakal diijabkabulkan. Aku?

Semalam keluarga Hafiz datang ke Langkawi. Meminang, berbincang untuk majlis pernikahan kami. Jangan ketawa dulu! Yes, I am now officially engaged. Perlu setia pada yang seorang. No man no cry? Terbang ditiup angin kedewasaan. Ketua-ketua keluarga kami berbincang dan telah sepakat InshaAllah akadnya akan dilansung pada 24 Disember 2011, majlis pengsohoran keesokannya. Majlis bertandang di KL pada 1 Januari 2012. Aku menurut saja. Maka hasil perbincangan bersama saudara-saudara perempuan aku (secara online), majlis itu nanti harapnya seperti aku impikan. Ringkas tapi penuh makna, disulami adat-istiadat Melayu, menjadi tempat penyatuan hati, merapatkan hubungan yang renggang dan dihiasi tawa insan-insan yang berjasa membina seorang 'aku'.


Hang tuah:
Setapak melangkah
Dua tapak ingatan kanda pada dinda

Gusti Putri :
Adinda bersumpah
Jikalau kekanda tidak kembali
Adinda akan menyusul kekanda
Menginjak pada tanah yang sama
Bernafas pada udara yang sama

Hang Tuah:
Layar berbelok-belok
Sauh dibungkar di tempat tenang
yang tinggal hati tak elok
yang pergi hati tak senang
Bila sampai waktu
Kita akan bersama

Gusti Putri:
Setiap orang punya impian
Impian itu yang bisa meneruskan kehidupan
Impian dinda adalah
untuk mendapatkan cinta sejati

Hang tuah :
Jika patah sayap rajawali
bertongkat jua kanda kembali.

Gusti Putri:
Adinda anggap sebagai janji.



Doakan kami.

Saturday, June 25, 2011

Al-kisah sambal belacan



Pertama kali bercucuk-tanam. Sekarang terbukti aku mewarisi 'tangan hijau' ayah. Merendang pokok cili tiga pasu yang aku tanam. Sihat-sihat buahnya. Maka, inilah hasil cili yang aku tanam. Menu hujung minggu ; sambal belacan, ulam, ayam masak lemak cili padi, nasi panas.


The 'killer' sambal belacan