Saturday, November 14, 2009

Ikhlas itu umpama seekor semut hitam di atas batu arang di malam kelam.

Alhamdulillah aku masih diberi nikmat tuhan untuk bernafas dalam jiwa hamba yang sentiasa Dia tunjukkan jalan lurus. Aku mungkin menempuh hidup dalam kebarangkalian yang goyah, berlari dan jatuh sebelum aku dapat bangun lalu menjadi aku hari ini. Jangan takut untuk gagal kalau pasti kita dapat berpatah balik ke landasan kebenaran- itu pesan ayah.

Mungkin ramai bertanya senyap sungguh aku di dunia penulisan tapi sampai tak terkejar di dunia nyata. Aku bertanding jawatan dalam Malaysian Students Asso. of India (MSA-Bangalore Chapter) baru-baru ini dan mungkin kerana mencuba nasib dengan niat ikhlas mahu mengubah,tuhan beri kemenangan dan diberi kepercayaan menjadi naib pengerusi. Banyak sungguh hal yang terpendam di hati, di sini ingin aku luah kerana di dunia nyata bukanlah sifat aku mencanang marah atau menyebar keluhan. Mungkin ayah dan keluarga di rumah dapat berikan sedikit jalan keluar untuk rasa kurang baik yang aku simpan.

MSA badan bertanggungjawab menguruskan kebajikan semua pelajar di India. Setiap kawasan mempunyai chapter MSA unik yang secara rasminya dipantau oleh MSA-Induk di bawah pemerhatian terus En.Khairuddin, kounsel Pendidikan di India. MSA-Induk menguruskan semua persatuan pelajar-pelajar Malaysia di India termasuk Islamic Medical Asso. (IMAM-India Chapter) dan Islamic Youth Organisation (IYA) yang mempunyai cabang organisasi di setiap kawasan yang dihuni pelajar-pelajar Malaysia. Jumlah pelajar Malaysia di Bangalore [Bangalore city, Kolar, Mysore] mencecah 800 orang dan 80% pelajar datang daripada International Medical School yang diwakili oleh IMSA (International Medical School Asso.).

1. Penubuhan MSA-Bangalore yang baru beberapa minggu menimbulkan kontroversi dan perbincangan hangat terutama di kalangan pelajar yang tidak nampak hala-tuju MSA-Bangalore kerana president dan beberapa ajk induk wakil dari Bangalore sendiri. Penubuhan MSA-Bangalore pastinya dibayangi MSA-Induk. Itulah yang terjadi dengan penglibatan terus president MSA-Induk dalam perbincangan MSA-Bangalore. Aku tidak suka bekerja dalam paksaan tanpa suara sendiri untuk bergerak. Please advise but do not interfere.

2. Disebabkan ramai pelajar dari International Medical School, sebarang aktiviti yang hanya melibatkan pelajar-pelajar IMS patut dikendalikan IMSA, bukanlah MSA. MSA-Induk patutnya lebih bijak dalam merencana aktiviti supaya tidak nampak MSA-Bangalore merebut tugas IMSA yang telah dipilih pelajar melalui demokrasi pilihanraya kampus yang telus. Janganlah MSA-Induk masuk campur dalam pengurusan MSA-Bangalore.

3. Aku selalu percaya kerja yang berat pastinya ringan kalau otak itu digabung daya fikirnya. Semakin ramai yang membantu, semakin lancar apa yang cuba dilaksanakan. Janganlah berpecah-belah hanya kerana jawatan. Penubuhan MSA-Bangalore pastinya memudahkan kerja-kerja IMSA. MSA-Bangalore mempunya niat yang jelas untuk bekerjasama dengan IMSA bagi menjaga kebajikan para pelajar. IMSA patut memberi sokongan penuh terhadap MSA-Bangalore yang juga dipilih secara demokrasi pilihanraya. Penubuhan MSA-Bangalore itu relevan.

4. IMAM bergerak sendiri dalam setiap aktiviti kami [yang mana aku seorang Setiausaha]. Hala tuju kami jelas untuk menyebarkan keinginan membantu melalui kerja-kerja kebajikan. IYA pula menekankan aspek kerohanian dengan menjalankan aktiviti dakwah. Usrah sebagai medan utama. Dua organisasi kukuh ini boleh memantapkan MSA dan persetujuan dua badan ini berada di bawah naungan MSA sememangnya dialu-alukan. Tapi, sejauh mana MSA-Induk mengiktiraf kewujudan IMAM dan IYA? . We never feel the sense of belonging to MSA-Federal.

5. Orang penting IMAM itu berenam. Aku mulakan usaha mewujudkan IMAM-India SC kerana tertarik akan perjuangannya. Kelakar pula apabila memikirkan kami kini bertiga. Pengerusi, Naib Pengerusi dan Bendahari IMAM keluar persatuan untuk menjadi orang-orang tertinggi IYA. Aku bukanlah mengecam mereka tapi seharusnya lompat parti [persatuan] ini bukan mainan kita orang-orang yang teguh hatinya. Mencari orang baru bukanlah susah tetapi di mana janji dulu untuk sama-sama membawa perjuangan IMAM supaya dekat di hati pelajar?


Kalau perasaan ini disimpan, mungkin bernanah di dalam.

3 comments:

  1. pape pon Kak Lin, Ikrey tetap sokong Kak Lin!

    ReplyDelete
  2. salam dari bumi Dublin, Ireland.. blog hopping.. rajin2, datang la singgah blog hamba.. :)

    ReplyDelete
  3. Salam..
    bersabar..
    sebenarnya,pd wktu ini semua org terkabur dgn tujuan sbnr Allah mmberikan satu kdudukan dan pluang kpd mereka..
    semua org sdg mngambil jln yg mndtgkn keuntungan pd diri masing2 secara tersiratnya,walaupun mgkn mereka menafikan secara tersuratnya..
    teguhlah pada jlan yg kita pilih..
    insyaAllah,bg kita yg sedar,mgkn kita adalah yg Allah pilih utk bawa prubahan ke arah kbenaran..

    ReplyDelete