[6-17 April 2009 : Langkawi, Kedah]
Senja di sana.
Jernih airnya.
The saviors, bot kami rosak di tengah paya bakau.
Bot itu.
Kaklong, ayah, Faiz [tekun sungguh pilih makanan].
Jinak-jinak si ikan pari.
Faiz di sangkar ikan.
Hujan pula.
Pakcik bot.
Gua buaya.
Mini-castle [Pantai Chenang, Langkawi]
Faiz and his Alam Shah clan.
Kaklong dan Yaa.
Speed boats di tepi pantai.
Sampan-sampan di tengah laut.
Bot-bot Siam.
Damai sungguh.
Damainya di tanah sendiri.
Restoran Nelayan, Langkawi.
Tempatnya betul-betul di kuala, segar belaka seafoodnya.
Siput sedut [before being cooked].
Kaklong dan Yaa [again]
Masa kecilku sangat indah. Petang-petang aku selalu diajak jalan-jalan oleh ayah ke pantai, sekadar melihat matahari terbenam. Aku merasa curahan kasih sayang mereka yang sangat dalam, bahkan mungkin terlalu dalam. Kemudiannya aku dibesarkan tok dan wan. Kokok ayam selalu membangunkanku subuh-subuh, lalu aku segera membuka mata. Aku senang melihat kabut yang menyelubungi sekitarku. Tok wan pasti sudah bangun dan minum kopi sambil menunggu tok menyiapkan nasi goreng.
Masa kecilku banyak dihabiskan bersama tok, kadang-kadang mengikut kaklong bermain bersama anak-anak kampung lain. Aku masih ingat pertama kali kaklong mengajak aku ke sawah, aku takut sekali membonceng basikalnya. Namun aku senang melihat bulir-bulir padi. Damai merasakan sejuknya butir-butir embun yang membasahi kaki kecilku. Kami bermain air di kali, menangguk ikan laga dan udang-udang kecil sebelum dijeritkan tok untuk pulang kerana hari telah senja. Berjauhan dari kampung halaman, aku rindu dibangunkan kokok ayam, rindu berkubang dan menangguk ikan di kali, rindu bau jerami yang basah disiram hujan, asyiknya main silat di atas longgokan jerami, gurihnya daging burung yam-yam yang kami tangkap, sedapnya ikan haruan dan segala kenangan indah yang tetap aku simpan di dalam bilik-bilik hatiku. Kenangan yang pasti dengan bangga aku ceritakan kepada anak-cucuku nanti [jika aku punya umur].
wow
ReplyDeletelangkawi mmg seronok...
tiap2 kali blik kg msti kne singgh langkawi hehe
coklat myk2!hehe
kg kat mana? lepas ni bleh singgah rumah kaklin plak;)
ReplyDeletewalaupun saye ni dok malaysia..
ReplyDeletetapi baru skalik pegi langkawi..
hehehe...
cam best je...
jemputlah singgah lagi,nanti dtg rumah kaklin sekali:)
ReplyDelete