Thursday, December 3, 2009
a Pescatarian.
Define pescetarian : A person who consumes no animal flesh with the exception of fish
Dulu, menjadi vegetarian adalah sesuatu yang tidak pernah terlintas pada aku sama sekali. Aku sering membaca berbagai tulisan dan artikel tentang vegetarian, dan pernah tidak menyentuh daging [segala jenis] selama seminggu, namun semuanya hanya sampai di situ. Berkelebat sekilas dan lenyap tanpa bekas.
Datang ke India dan cuba hidup menyesuaikan diri mengenalkan aku pada dunia vegetarianism. Daging halal mudah diperolehi tetapi was-was itu lebih tinggi. Aku pernah dengan tenangnya menghadami pelbagai jenis hidangan enak berdaging sebelum diberitahu sumbernya tidak halal selepas tamat majlis. Apa yang kita makan, itulah yang membentuk hati. Kalau dulu, menjadi hal yang cukup diketahui ahli keluarga bahawa aku mudah sungguh bermasalah dengan sistem penghadaman. Aku sendiri pelik, walau menjamah makanan yang sama cuma aku terkena penangan kerap melawat tandas secara paksa. Aku mula mengelak makan sebarang daging 2-3 hari seminggu beberapa bulan lepas. Jawapannya jelas sejak kebelakangan ini. Aku tidak lagi sakit perut pada hari-hari tidak menyentuh daging.
Kini, aku memilih untuk tidak lagi makan daging. Menjadi pescatarian mungkin jalan ke arah menjadi seorang vegan.
p/s Minggu lepas, aku diarrhoea lagi selepas makan chaat yang cukup menggoda berhampiran CaneCrush. Itu kali terakhir. Seksa sungguh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Yooo Shaine dear salam,
ReplyDeleteThanks for visiting, nek mai ronda sini lak..heheehhe
Take care and a happy new year, muahhh
Love from Phoenix,
Nekrock
gue ga pernah membayangkan bkal jadi vege sis.. XD
ReplyDelete