Saturday, January 9, 2010

Beranilah untuk bermimpi.

Aku mulakan tahun baru 2010 dengan penuh rasa syukur kerana terus-terusan diberi kesempatan untuk terus bernafas.23 tahun telah mengajar aku untuk menjadi seorang manusia yang ada prinsip. Alam dan kehidupan laut telah mengajar aku untuk mengejar pelangi sehingga ke hujung dunia.2009 tahun penuh pengajaran, mengajar aku untuk menilai semula hati dan pelajaran hidup. Kesilapan dan kecuaian menempuh hidup tahun itu menjadi sempadan untuk aku. Aku tak mahu lagi terikut-ikut dengan dunia ciptaan orang lain. Ya sungguh, aku mahu membina peribadi dengan lebih ikhlas.


Aku mahu semangat seperti Lintang, takdir alam menentukan dia tidak 'terbang' menggapai cita-cita tapi ketekunannya pada ilmu menyedarkan aku.

Apabila pendidikan didagangkan, kita tak lagi melihat guru seperti Cikgu Muslimah. Guru sekarang dibayar dan mereka menetap nilai pada ilmu yang dicurahkan mengikut nilai yang dibayar. Pelajar-pelajar pula jadi lemah dengan hiburan. Semuanya kerana ilmu tidak lagi suci, sebersih ketika orang dulu menuntut ilmu. Aku jadi mudah bosan menekuni pelajaran di ruang bernama lecture hall. Semuanya seperti plastic. Ada sesuatu yang tak kena. Mungkin aku yang salah, dan harapnya 2010 mendidik aku menerima apa yang telah menjadi pegangan orang lain. Tapi aku tak ingin lagi terikut-ikut budaya itu, aku mahu kekal ada prinsip.

Selamat menekuni pelajaran untuk exam yang bakal tiba!

[Aku tidak mungkin dapat mengubah orang lain tapi aku pasti dapat mengubah diri sendiri]

2 comments:

  1. Lin =)
    Rindunya sama lin. Suka cikgu Mus;

    ”Mimpi aku bukan jadi
    istri saudagar pak. Mimpi aku jadi guru.”

    Lin, jom hidup untuk memberi sebanyak2nya =)

    Suka juga lagu Nidji tu =)

    Best wishes untuk exams!

    ReplyDelete
  2. sang pemimpi..
    new muvie hampir sme mcm laskar pelangi...
    best gak rasenyer... ;)

    ReplyDelete