Thursday, January 21, 2010
Sunday, January 17, 2010
Exam!
Sila berambus.
Hei 10kg fa*,
Sila berambus dari badan ni. Notis segera, tanpa kompromi. Negotiation is denied. Wajiblah berjimat untuk dapatkan ini
[kalau jadi barang hantaran ok juga kan]
Alia, semua ni salah anjing-anjing yang berkeliaran kawasan rumah kita suka sangat nak bermanja bila nampak gadis berlari-lari mengeluarkan peluh [luahan trauma dikejar anjing].

Friday, January 15, 2010
Sinfully delicious.
Aku suka sangat chocolate coated strawberries. Sekarang boleh dapat strawberries di mana-mana pada harga yang berpatutan. Pagi tadi aku ke Reliance Fresh, Sanjaynagar. Aku ternampak strawberries yang harganya rs30 for a box of 150g. Kalau kat Kwality Bazaar rs50. Beli 2 kotak. Balik rumah Alia pon beli strawberries tapi lagi murah rs40 sekotak kat MG Road.
Homemade chocolate syrup:
1/2 C cocoa [I used Cadburry coco powder]
2 C milk
1 C sugar

Aku Cinderella.
Pelik. Tiba-tiba rasa nak tulis pasal housemates, my little family kat Bangalore ni. Alia dan Balqis, boleh jadi kakak-kakak tiri. Aku kan Cinderella. Tapi bila fikir balik, diorang ni kakak-kakak tiri yang comel terpaksalah jadi watak Tiga Dara Pingitan pula. Mereka muda, aku 3 tahun lebih dewasa tapi selalunya bila bergaduh dengan Hafiz, aku jadi confuse. Diorang pula bernasihat bagai. Berguna pula tips tu. Alih-alih jadilah kami macam keluarga dengan perangai berbeza tapi masing-masing complement each others. Kelakar bila tiba-tiba teringat kejadian-kejadian kat rumah ni.
Alia memang independant, suka Indie; lagu,taste barang2,blogs. Makin kenal dia, aku rasa personaliti Alia banyak persamaan dengan aku. Mungkin cara dibesarkan. Alia ni ada unsur-unsur lemah semangat sikit. Itu yang lawak. Dia tak suka cerita hantu, aku pon penakut juga. Hari tu aku hilang kunci,dia semangat juga tolong cari last2 jumpa atas meja yang kitorang berdua confirmed dah cari. Kunci tu betul-betul atas meja tapi kami tak nampak seolah-olah macam ada orang baru letak. Mulalah meremang bulu roma. Alia ni kreatif, dia suka buat barang-barang comel. Kalau bersembang dengan family, satu rumah tahu sebab excited sangat dia bercerita.
Balqis kecil cili padi. Jangan main-main, dia tak suka orang comelkan dia sebab dia kakak sulung. Dia ada adik kecil yang sangat adorable, walaupon adik dia lompat2 atas laptop dia sampai remuk skrin dia tak marah. Comel. Balqis ni adventurous suka try benda2 baru. Dia layan je kalau aku ajak makan di kedai India dekat 80feet Road yang tak ada kerusi tu. Makan vaada. Petang-petang ajak dia minum air tebu tepi jalan. Balqis banyak angan-angan yang kelakar. Dia cakap [dia yang cakap] dia ni pemalu tak pandai bergaul dengan orang baru. Dia selalu cerita pasal family dia dengan aktiviti-aktiviti yang diorang suka buat masa lapang. Mak dia iron lady, penat-penat kerja sanggup buat aiskrim sendiri [read: home-made] untuk diorang. Petang-petang tak ada kerja [banyak je kerja sebenarnya], kitorang suka berborak. Maghrib dah sayup-sayup baru stop berbual [read : gossips].
Thanx ye korang. Kaklin masak apa pon korang layan je makan. Terharu. Tapi dah bagi warning kan kalau nak sedap masak sendiri [sebab tu kot korang x komplen]. Ada korang, terubat rindu kat adik-adik kaklin di rumah [oh, saya kakak mithali].
Lepas ni kaklin kena rajin sebab dah nak exam. Pandai-pandailah ye korang bawa diri [macam bagi wasiat pula]. Janganlah takut tengok kaklin study bersungguh-sungguh [kaklin study bila dekat exam je]. Jangan tiru aksi saya.

Sunday, January 10, 2010
Bila lapar.
Apa aku makan waktu pagi di perantauan [bila dah bosan dengan cereals-milk-bread routine] :
Masala dosaa ni tosei kat Malaysia. Ada ubi kentang pedas kat tengah, sedap dimakan dengan chutney yang lemak-lemak tu.
Puri.
Idli yang putih tu,rasanya masam-masam. Waada yang macam donut tu aku sangat suka sebab crunchy. Kadang-kadang rasa macam keropok lekor [apakah?]. Favourite Balqis juga. Indians kat sini suka makan banjir dengan sambar, berkuah-kuah tapi aku main cicah je. Satu set rs23 [lebih kurang rm1.50] cukup buatkan perut kenyang. Kalau tengahari malas memasak, aku makan mini-thali ni je
Rindu makanan Malaysia!

Pesanan ringkas.
Kemodenan itu bukanlah dihitung melalui kekerapan melawat pub atau disco,bukan juga dengan banyaknya rokok yang dihisap, atau betapa coolnya minum beer. Tidak juga dilambangkan oleh pakaian yang terdedah di sana-sini, atau berpelukan dengan lelaki sebagai tanda kemesraan. Itu kejahilan.
Wahai perempuan,
Kemodenan itu diterjemahkan melalui sifat berdikari yang menyenangkan, keikhlasan untuk menyebar kebaikan tanpa perlu bergantung kepada lelaki dan mereka melihat kita dengan penuh rasa hormat. Melihat kita melalui pemikiran yang teguh, bukanlah melihat kita melalui bentuk tubuh.
Stop being proud of your lifestyle, you're living life using the tax payers' money. Not yours.

Saturday, January 9, 2010
Beranilah untuk bermimpi.
Aku mulakan tahun baru 2010 dengan penuh rasa syukur kerana terus-terusan diberi kesempatan untuk terus bernafas.23 tahun telah mengajar aku untuk menjadi seorang manusia yang ada prinsip. Alam dan kehidupan laut telah mengajar aku untuk mengejar pelangi sehingga ke hujung dunia.2009 tahun penuh pengajaran, mengajar aku untuk menilai semula hati dan pelajaran hidup. Kesilapan dan kecuaian menempuh hidup tahun itu menjadi sempadan untuk aku. Aku tak mahu lagi terikut-ikut dengan dunia ciptaan orang lain. Ya sungguh, aku mahu membina peribadi dengan lebih ikhlas.
Aku mahu semangat seperti Lintang, takdir alam menentukan dia tidak 'terbang' menggapai cita-cita tapi ketekunannya pada ilmu menyedarkan aku.
Apabila pendidikan didagangkan, kita tak lagi melihat guru seperti Cikgu Muslimah. Guru sekarang dibayar dan mereka menetap nilai pada ilmu yang dicurahkan mengikut nilai yang dibayar. Pelajar-pelajar pula jadi lemah dengan hiburan. Semuanya kerana ilmu tidak lagi suci, sebersih ketika orang dulu menuntut ilmu. Aku jadi mudah bosan menekuni pelajaran di ruang bernama lecture hall. Semuanya seperti plastic. Ada sesuatu yang tak kena. Mungkin aku yang salah, dan harapnya 2010 mendidik aku menerima apa yang telah menjadi pegangan orang lain. Tapi aku tak ingin lagi terikut-ikut budaya itu, aku mahu kekal ada prinsip.
Selamat menekuni pelajaran untuk exam yang bakal tiba!
[Aku tidak mungkin dapat mengubah orang lain tapi aku pasti dapat mengubah diri sendiri]

Subscribe to:
Posts (Atom)