Friday, January 15, 2010

Aku Cinderella.

Pelik. Tiba-tiba rasa nak tulis pasal housemates, my little family kat Bangalore ni. Alia dan Balqis, boleh jadi kakak-kakak tiri. Aku kan Cinderella. Tapi bila fikir balik, diorang ni kakak-kakak tiri yang comel terpaksalah jadi watak Tiga Dara Pingitan pula. Mereka muda, aku 3 tahun lebih dewasa tapi selalunya bila bergaduh dengan Hafiz, aku jadi confuse. Diorang pula bernasihat bagai. Berguna pula tips tu. Alih-alih jadilah kami macam keluarga dengan perangai berbeza tapi masing-masing complement each others. Kelakar bila tiba-tiba teringat kejadian-kejadian kat rumah ni.


Alia memang independant, suka Indie; lagu,taste barang2,blogs. Makin kenal dia, aku rasa personaliti Alia banyak persamaan dengan aku. Mungkin cara dibesarkan. Alia ni ada unsur-unsur lemah semangat sikit. Itu yang lawak. Dia tak suka cerita hantu, aku pon penakut juga. Hari tu aku hilang kunci,dia semangat juga tolong cari last2 jumpa atas meja yang kitorang berdua confirmed dah cari. Kunci tu betul-betul atas meja tapi kami tak nampak seolah-olah macam ada orang baru letak. Mulalah meremang bulu roma. Alia ni kreatif, dia suka buat barang-barang comel. Kalau bersembang dengan family, satu rumah tahu sebab excited sangat dia bercerita.


Balqis kecil cili padi. Jangan main-main, dia tak suka orang comelkan dia sebab dia kakak sulung. Dia ada adik kecil yang sangat adorable, walaupon adik dia lompat2 atas laptop dia sampai remuk skrin dia tak marah. Comel. Balqis ni adventurous suka try benda2 baru. Dia layan je kalau aku ajak makan di kedai India dekat 80feet Road yang tak ada kerusi tu. Makan vaada. Petang-petang ajak dia minum air tebu tepi jalan. Balqis banyak angan-angan yang kelakar. Dia cakap [dia yang cakap] dia ni pemalu tak pandai bergaul dengan orang baru. Dia selalu cerita pasal family dia dengan aktiviti-aktiviti yang diorang suka buat masa lapang. Mak dia iron lady, penat-penat kerja sanggup buat aiskrim sendiri [read: home-made] untuk diorang. Petang-petang tak ada kerja [banyak je kerja sebenarnya], kitorang suka berborak. Maghrib dah sayup-sayup baru stop berbual [read : gossips].

Thanx ye korang. Kaklin masak apa pon korang layan je makan. Terharu. Tapi dah bagi warning kan kalau nak sedap masak sendiri [sebab tu kot korang x komplen]. Ada korang, terubat rindu kat adik-adik kaklin di rumah [oh, saya kakak mithali].



Lepas ni kaklin kena rajin sebab dah nak exam. Pandai-pandailah ye korang bawa diri [macam bagi wasiat pula]. Janganlah takut tengok kaklin study bersungguh-sungguh [kaklin study bila dekat exam je]. Jangan tiru aksi saya.

2 comments:

  1. hahahaha kaklin cinderella??
    nononono. lol
    so sweet of u kaklin buat 1 post yg mendedicatekan kpd kami your housemates ni... ;)
    btw, gmbr ni, lengan i bsr gedabak u..warghhh mmg kena betol2 melaksanakan plan la camni. (u know what the plan is rite???hahaha)
    kaklin xnk ke tarok gambar yg kita amik bertiga byk2 kt studio tu? saya ada ni dlm simpanan. kalo nk just ask me k. ;P

    ReplyDelete