Langkawi, 22 September 2009.
Faiz melayan sepupu [he always has soft-spot towards kids]
Sheera dan keluarga.
Berbual apa tu ye?
Makcik Jasmin dan Kaklong.
Sate anyone?
Lamb chop.
Naufal Aizudeen yang asyik dengan sate dan jus epal.
Penatnya saya.
Marinated lamb and beef before being grilled.
The food.
Azwan the sate man.
Faiz dan Abang Aizat.
Quarter of the food.
Bibik in her angelic pose [despite missing her children in Indonesia].
Tuesday, September 22, 2009
Monday, September 21, 2009
Wednesday, September 9, 2009
Perasaan.
Pagi tadi selepas sahur, aku baring sekejap. Aku bangun sebab teringatkan kerja Community Medicine yang masih berbaki. Hidup kelam-kabut kan tapi itulah aku. Semuanya nak buat last-minute. Tengah asyik buat record Dr. Rina sambil dengar Litefm [aku suka lagu-lagu lama], tiba-tiba dapat sms kawan aku kat sini.
Kdg2, xxxxx cemburu dgn Lin,mampu hidup untuk diri sendiri,bkn utk org lain. How i wish i could be like u. [exactly copied from her sms]
Aku terkejut jugalah sebab dia ni baik budaknya, nak banding dengan aku pastinya nampak hidup dia lebih bahagia. Macam tak ada masalah je. Aku suka dia sebab cakap lembut je [perlahan juga selalu aku suruh ulang sebab tak dengar]. Selalunya penziarah tetap rumah tuhan memang disenangi orang. Aku pula tak payah cakap, jauhlah sikit kalau nak berzikir di surau. Jujur. Aku lagi suka buat sesuatu untuk hilangkan kesusahan orang berbanding menghabiskan masa aku bersolat bagai di surau tu. Teruknya aku tapi nak buat macam mana sebab aku percaya tuhan ada di setiap lorong kehidupan. Hanya kita yang perlu mencari-Nya.
Melalut pula.
Sebenarnya, sms ringkas tu buat aku tertanya-tanya. Aku balaslah sms dia dan dijawabnya dengan jawapan yang cukup sayu. Sudah. Aku jadi gelabah tak tahu pula nak balas apa. Tergantung macam tu lah perbualan kami. Tadi aku terfikir masa solat maghrib [nak cakap aku tak kusyuk lah tu kan!. kawan aku pernah beritahu kalau hilang barang atau ada masalah pergilah sembahyang sebab masa sembahyanglah otak kita ni laju je berfikir]. Tapi memang betul pon. Orang selalu nampak aku macam lepak je, tak peduli hidup orang lain. Aku memang tak suka kacau hidup orang sebab dulu dah banyak kali terkena. Pernah baik dengan seorang kawan lelaki di sini tapi disalah-erti, akhirnya dia sebarkan aku hidung tak mancung,pipi tersorong-sorong sukakan dia [setelah aku berterus-terang tak pernah sukakan dia]. Alhamdulillah dia bahagia [agaknya lah] dengan orang baru. Aku percaya bila dah dilahirkan sebagai manusia kita tak akan lepas daripada masalah. Barulah kita qualify menjadi seorang manusia sekiranya dapat mengharungi semua masalah tu [tanpa bunuh diri, sebab nanti dah masuk alam bukan manusia pula]. Aku bukanlah terlalu kuat seperti xxxxx fikirkan. Aku pernah menjadi seperti xxxxx, meletakkan orang lain di hadapan sebelum diri sendiri. Mengutamakan perasaan orang sedangkan hati sendiri meraung. Itu dulu. Setiap apa yang terjadi telah mematangkan aku dan mengajar untuk membezakan kawan dan sahabat. Kawan biarlah beribu tapi sahabat walaupon boleh dibilang dengan jari tapi cukuplah jika mereka itu menjadi tiang untuk kita berdiri. Alhamdulillah aku ditemukan dengan sahabat-sahabat yang boleh aku anggap darah-daging sendiri.
Fazleen pernah kata,
Sahabat yang benar2 bersahabat, memberi dan memberi tanpa mengharapkan balas, yang menjadi peneman setia dalam setiap wajah. Sama2 mencanak ketawa, merembus marah, berkongsi gusar, dan melampias bosan. Kita berjauhan, ya! Tapi buat sementara sahaja kan? Kita pergi untuk mewarna lakaran mimpi dan mencipta masa depan masing2, kan? Tidak bersua, atau bertukar suara tapi i know that we are always in each other's prayer.
[taken directly from her email]
Dia antara tiang-tiang itu, dan aku punya lagi teman yang masih sama. Mereka yang mengenali aku sebagai aku, bukanlah aku secara luaran atau aku sebagai watak biasa dalam perjalanan hidup. Aku yang mereka sanjung sebagaimana aku menyanjungi mereka. Untuk xxxxx, biarlah orang lain mengecilkan kebaikan kita tapi usahlah penat untuk menyebarkan kebaikan. Hidup untuk memberi. Sebelum kita benar-benar yakin untuk tidak mengharapkan balasan atas setiap perbuatan, hidup yang suram tidak akan disinari pelangi. Lumrah manusia. Anggaplah setiap kebaikan yang kita lakukan itu untuk membaiki kelemahan ruh kita.
Aku juga seorang manusia.
[tapi kalau yang jenis tak pernah nak peduli perasaan kita, janganlah masukkan dalam list bersahabat takut nanti kita yang makan dalam].
Monday, September 7, 2009
Hijrah
Alhamdulillah, dah jumpa rumah [yang sangat comel]. Aku akan pindahkan barang-barang lepas exam dan mula tinggal kat tempat baru lepas balik cuti. Lokasi rumah tu memang macam aku harapkan, owner pula baik sangat. Rs9000 untuk dua bilik tidur, satu study room kecil, dapur dan ruang tamu yang cukup luas. Nanti dah selesai pindah, aku letakkan gambar. Aku tak guna broker [jimat satu bulan installment], kebetulan berjalan-jalan di kawasan tu ternampak notis to let kat pagar rumah owner tu. Rupa-rupanya dia baru letak notis tu 1 jam sebelum aku lalu di kawasan tu.
Kenapa tuhan sayang aku yang tak baik ni? [rasa nak menangis]
Kenapa tuhan sayang aku yang tak baik ni? [rasa nak menangis]
Thursday, September 3, 2009
Brida.
Currently halfway reading through it, Brida taught me about the groans we always did during our insatiable journey of life. We never feel contented. Brida also peels of the answer throughout our quest in finding our soul-mate who shares more than just love and physical attraction with us. A person who, technically, contains part of your soul. It says, there are pieces of us scattered all over the world. And when you find your soul-mate, you find that missing piece in you that completes you, a profound way of saying you feel complete when you are with your soul-mate. Enough said and let me finish with her.
------------------------------------------------------------------------
I've started writing in a new journal [there are lots to write about this Ghandiland].
Tuesday, September 1, 2009
Ramadhan 10
Alhamdulillah. Sudah masuk hari ke-10 kita berpuasa dalam rahmat tuhan yang tak henti. Puasa kali ni kebanyakan hari aku masak sendiri sebab aku bermasalah kalau makan di luar. Sekali-sekala bolehlah, itupon tempat-tempat makan tertentu saja. Di Malaysia, pasar malam atau pasar Ramadhan yang ditunggu-tunggu orang bukanlah pilihan aku. Mudah sungguh aku muntah-muntah dan perut meragam kalau makanannya dari sana. Di India, makan di kantin hospital meragamlah perut aku tapi orang lain elok je. Macam-macam resepi aku cuba bila hidup di India ni. Percaya atau tidak, di sinilah aku mula belajar memasak. Ketawa keluarga aku bila diberitahu aku mampu memasak lauk bermacam-macam sedangkan di rumah aku tukang cuci pinggan. Tak pon siapkan meja makan sebab tak qualify nak memasak. Itu dulu. Inilah baiknya jadi perantau, semuanya jadi boleh kalau mahu makan sedap.
Aku berkira-kira mahu cari rumah yang dekat dengan kolej. Sekarang ni asyik lambat saja ke kolej dan kebanyakan hari pula ponteng kelas pagi sebab bangun lambat untuk kejar bas. Malas nak bergaduh dengan autorickshawallah yang besar kepala, aku ke kelas petang saja. Susah juga sebab kawasan ini didiami orang luar, pemandu autorickshaw memang akan caj lebih untuk foreigners. Ingatkan bermaruah sikit, tak kiralah pemandu Islam pon sama je. Cadangnya mahu pindah sebelum akhir tahun ke kawasan berdekatan RMV 2nd Stage, 80 feet Road. Aku dah tengok beberapa rumah. Kawasan tu memang didiami pelajar-pelajar kolej. Selamat juga. Ada beberapa rumah didiami pelajar-pelajar Malaysia sekitar kawasan tu. Tak lah sunyi sangat. Tempat makan pon dekat. Kalau ada sesiapa yang tahu rumah kosong di kawasan tu bolehlah inform aku. Lagi banyak pilihan, harapnya dapat rumah yang selesa dengan sewa yang berpatutan. Aku mahu rumah/studio satu bilik [atau dua bilik] dengan sewa rs4000-8000.
Aku tengah consider beberapa rumah di Area A & B sebab dekat kalau mahu ke MS Ramaiah Memorial Hospital atau Baptist Hospital. Senang. Aku orang yang suka akan ketenangan, jenis tak suka riuh-rendah. Cukuplah dulu bergelak sakan, zaman tu dah berlalu. Kalau dulu mungkin takut nak tinggal sendiri tapi sekarang dah masuk tahun ketiga. Insha'Allah dah yakin untuk jaga diri. Bila difikirkan, banyak baiknya berhijrah ke tempat baru tu. Doakan aku.
Tapi nanti jauhlah dari Hafiz [macam tak boleh jumpa kat kelas je kan].

Subscribe to:
Posts (Atom)