Aku berkira-kira mahu cari rumah yang dekat dengan kolej. Sekarang ni asyik lambat saja ke kolej dan kebanyakan hari pula ponteng kelas pagi sebab bangun lambat untuk kejar bas. Malas nak bergaduh dengan autorickshawallah yang besar kepala, aku ke kelas petang saja. Susah juga sebab kawasan ini didiami orang luar, pemandu autorickshaw memang akan caj lebih untuk foreigners. Ingatkan bermaruah sikit, tak kiralah pemandu Islam pon sama je. Cadangnya mahu pindah sebelum akhir tahun ke kawasan berdekatan RMV 2nd Stage, 80 feet Road. Aku dah tengok beberapa rumah. Kawasan tu memang didiami pelajar-pelajar kolej. Selamat juga. Ada beberapa rumah didiami pelajar-pelajar Malaysia sekitar kawasan tu. Tak lah sunyi sangat. Tempat makan pon dekat. Kalau ada sesiapa yang tahu rumah kosong di kawasan tu bolehlah inform aku. Lagi banyak pilihan, harapnya dapat rumah yang selesa dengan sewa yang berpatutan. Aku mahu rumah/studio satu bilik [atau dua bilik] dengan sewa rs4000-8000.

Aku tengah consider beberapa rumah di Area A & B sebab dekat kalau mahu ke MS Ramaiah Memorial Hospital atau Baptist Hospital. Senang. Aku orang yang suka akan ketenangan, jenis tak suka riuh-rendah. Cukuplah dulu bergelak sakan, zaman tu dah berlalu. Kalau dulu mungkin takut nak tinggal sendiri tapi sekarang dah masuk tahun ketiga. Insha'Allah dah yakin untuk jaga diri. Bila difikirkan, banyak baiknya berhijrah ke tempat baru tu. Doakan aku.
Tapi nanti jauhlah dari Hafiz [macam tak boleh jumpa kat kelas je kan].
lin!!
ReplyDeletesalam ramadhan to u.
deelyn, salam ramadhan to u too:)
ReplyDelete