Wednesday, September 9, 2009

Perasaan.


Pagi tadi selepas sahur, aku baring sekejap. Aku bangun sebab teringatkan kerja Community Medicine yang masih berbaki. Hidup kelam-kabut kan tapi itulah aku. Semuanya nak buat last-minute. Tengah asyik buat record Dr. Rina sambil dengar Litefm [aku suka lagu-lagu lama], tiba-tiba dapat sms kawan aku kat sini.

Kdg2, xxxxx cemburu dgn Lin,mampu hidup untuk diri sendiri,bkn utk org lain. How i wish i could be like u. [exactly copied from her sms]

Aku terkejut jugalah sebab dia ni baik budaknya, nak banding dengan aku pastinya nampak hidup dia lebih bahagia. Macam tak ada masalah je. Aku suka dia sebab cakap lembut je [perlahan juga selalu aku suruh ulang sebab tak dengar]. Selalunya penziarah tetap rumah tuhan memang disenangi orang. Aku pula tak payah cakap, jauhlah sikit kalau nak berzikir di surau. Jujur. Aku lagi suka buat sesuatu untuk hilangkan kesusahan orang berbanding menghabiskan masa aku bersolat bagai di surau tu. Teruknya aku tapi nak buat macam mana sebab aku percaya tuhan ada di setiap lorong kehidupan. Hanya kita yang perlu mencari-Nya.

Melalut pula.

Sebenarnya, sms ringkas tu buat aku tertanya-tanya. Aku balaslah sms dia dan dijawabnya dengan jawapan yang cukup sayu. Sudah. Aku jadi gelabah tak tahu pula nak balas apa. Tergantung macam tu lah perbualan kami. Tadi aku terfikir masa solat maghrib [nak cakap aku tak kusyuk lah tu kan!. kawan aku pernah beritahu kalau hilang barang atau ada masalah pergilah sembahyang sebab masa sembahyanglah otak kita ni laju je berfikir]. Tapi memang betul pon. Orang selalu nampak aku macam lepak je, tak peduli hidup orang lain. Aku memang tak suka kacau hidup orang sebab dulu dah banyak kali terkena. Pernah baik dengan seorang kawan lelaki di sini tapi disalah-erti, akhirnya dia sebarkan aku hidung tak mancung,pipi tersorong-sorong sukakan dia [setelah aku berterus-terang tak pernah sukakan dia]. Alhamdulillah dia bahagia [agaknya lah] dengan orang baru. Aku percaya bila dah dilahirkan sebagai manusia kita tak akan lepas daripada masalah. Barulah kita qualify menjadi seorang manusia sekiranya dapat mengharungi semua masalah tu [tanpa bunuh diri, sebab nanti dah masuk alam bukan manusia pula]. Aku bukanlah terlalu kuat seperti xxxxx fikirkan. Aku pernah menjadi seperti xxxxx, meletakkan orang lain di hadapan sebelum diri sendiri. Mengutamakan perasaan orang sedangkan hati sendiri meraung. Itu dulu. Setiap apa yang terjadi telah mematangkan aku dan mengajar untuk membezakan kawan dan sahabat. Kawan biarlah beribu tapi sahabat walaupon boleh dibilang dengan jari tapi cukuplah jika mereka itu menjadi tiang untuk kita berdiri. Alhamdulillah aku ditemukan dengan sahabat-sahabat yang boleh aku anggap darah-daging sendiri.

Fazleen pernah kata,

Sahabat yang benar2 bersahabat, memberi dan memberi tanpa mengharapkan balas, yang menjadi peneman setia dalam setiap wajah. Sama2 mencanak ketawa, merembus marah, berkongsi gusar, dan melampias bosan. Kita berjauhan, ya! Tapi buat sementara sahaja kan? Kita pergi untuk mewarna lakaran mimpi dan mencipta masa depan masing2, kan? Tidak bersua, atau bertukar suara tapi i know that we are always in each other's prayer.

[taken directly from her email]

Dia antara tiang-tiang itu, dan aku punya lagi teman yang masih sama. Mereka yang mengenali aku sebagai aku, bukanlah aku secara luaran atau aku sebagai watak biasa dalam perjalanan hidup. Aku yang mereka sanjung sebagaimana aku menyanjungi mereka. Untuk xxxxx, biarlah orang lain mengecilkan kebaikan kita tapi usahlah penat untuk menyebarkan kebaikan. Hidup untuk memberi. Sebelum kita benar-benar yakin untuk tidak mengharapkan balasan atas setiap perbuatan, hidup yang suram tidak akan disinari pelangi. Lumrah manusia. Anggaplah setiap kebaikan yang kita lakukan itu untuk membaiki kelemahan ruh kita.


Aku juga seorang manusia.

[tapi kalau yang jenis tak pernah nak peduli perasaan kita, janganlah masukkan dalam list bersahabat takut nanti kita yang makan dalam].

3 comments: