Friday, November 19, 2010
Tuesday, November 16, 2010
Separuh jiwaku di sana
Aku dah sampai di KLIA. Lepas drama sebelum berlepas, segalanya berjalan lancar. Aku balik bercuti panjang.
Being the only tudung-clad girl in the aeroplane made me noticeable. Baik abang-abang cabin crew siap bagi pen cenderahati MAS sebelum aku turun. Orang lain tak dapat pon. Aku dapat seat kat belakang tempat diorang lepak-lepak tu. Jejak kaki di platform KLIA, seorang abang cabin crew tanya aku kenapa tak terus ambil domestic flight 8.30am ke Langkawi. Dia bawa aku ke transfer desk untuk tukar flight timing walaupon aku bagitau dah check-in dari Bangalore terus ke Langkawi. MAS Bangalore bagitau flight 8.30 dah penuh jadinya aku ambil flight 11.30. Semangat abang cabin crew tu tak nak aku beraya di airport. Tapi tak boleh juga sebab passenger has to travel with their luggage, luggage aku masuk cabin 11.30 dah tak sempat nak aturkan bagasi untuk dihantar sekali 8.30. Tak pe lah aku boleh tunggu.
Kejap lagi baru naik aerotrain ke main terminal. Aku godek-godek duit syiling Malaysia dalam uncang. Kira punya kira, cukuplah RM10.40. Banyak juga. RM10 boleh beli breakfast, lagi lebih 40 sen untuk telefon Mie suruh ambil aku kat airport.
It feels good to know that I'm nearly home, a place where I belong. Mak tau tak kakngah sayang mak? Sampai nanti the first thing kakngah nak buat ialah melawat kubur Tok & Wan.
Thursday, November 11, 2010
The Paradox of Our Time
I read this article while listening to this band.
We drink too much, smoke too much, spend too recklessly, laugh too little, drive too fast, get too angry, stay up too late, get up too tired, read too little, watch TV too much, and pray too seldom. We have multiplied our possessions, but reduced our values. We talk too much, love too seldom, and hate too often.
We've learned how to make a living, but not a life. We've added years to life not life to years. We conquered outer space but not inner space. We've done larger things, but not better things.
We've cleaned up the air, but polluted the soul. We've conquered the atom, but not our prejudice. We write more, but learn less. We plan more, but accomplish less. We've learned to rush, but not to wait.
These are the times of fast foods and slow digestion; big men and small character; steep profits and shallow relationships. These are the days of two incomes but more divorce; fancier houses but broken homes. These are days of quick trips, disposable diapers, throwaway morality, one night stands, overweight bodies, and pills that do everything from cheer, to quiet, to kill. It is a time when there is too much in the showroom window and nothing in the stockroom.
- Dr. Bob Moorehead
Thursday, November 4, 2010
Wednesday, November 3, 2010
Kemanisan Diwali (oh, memang manis!)
Dah empat tahun tinggal di bumi Mahatma ini, aku seronok turut sama merayakan Diwali. Bukanlah ikut sekali ke kuil-kuil Indians tapi seronok menyertai perayaan mereka (dan makan manisan yang sedap). Ya, itu sebabnya. Indian sweets! Baru tadi balik kelas gaya-gaya letih buka pintu, jiran aku Tej tegur dari belakang. Sempatlah borak-borak puji baju dia cantik (ambil hati tak lah cantik agak pelik kurti itu tapi mungkin cantik di matanya). Tej kata dia nak bagi manisan sempena Diwali Jumaat ni. Dia mau tau apa kegemaran aku. Sebagai gadis pemalu, aku shy2 cat cakap tak payahlah susah-susah (sedangkan hati girang buat list). Tej cakap okaylah gadis cantik (ini aku tambah), later I'll bring you varities of sweets then you can choose. Yes! (jerit hati kecilku) Tapi aku hanya ucapkan terima kasih. Tiba-tiba aku teringat usaha menguruskan badan (untuk jadi seperti Monica Bellucci), maka terkuburlah kegembiraan itu tadi. Tak nak Tej terasa makanya aku terus Google mau hafal nama manisan. Nanti bila dia bawakan sweets tu aku cuit-cuit sambil berborak tunjuk pandai taklah terlebih makan. Ini manisan yang haruslah dicuba (untuk sesiapa yang belum kena diabetes).
Selalunya bila melawat Indian friends aku, mereka hidangkan jenis-jenis manisan ni. Kira paling famouslah.
Ini namanya Sohan Papdi. Kegemaran MrS!
Jangan main-main, jelebi ini boleh menyebabkan ketagihan (tak boleh stop sekali makan). Sedap tapi manisnya alahai (sugar intoxicated dibuatnya). My all time favorite haruslah gulab jamun (dan kerabatnya Rasgoola)
Gulab jamun
Rasgoola
Sekarang boleh jawab tak kenapa Indians populasi Diabetics tertinggi di dunia?
Tuesday, November 2, 2010
Pak polisi.
Pakcik Polis,
Saya sangat geram, walaupon dah puas mencarut dalam senyuman tadi. Nasiblah pakcik tak faham sebab saya cakap Melayu. Pakcik tau tak berdosa makan rasuah? Mungkin pakcik tak tau. Mana saya tau jalan tu one-way. Pakcik marah-marah saya cakap ada papan tanda tak boleh masuk jalan tu. Puas saya cari papan tanda tu lepas bagi pakcik duit. Rupanya kecil sungguh tandanya terselindung di belakang dahan pokok (apakah fungsinya?). Ramai lagi yang lalu jalan tu. Kenapa pakcik tahan saya? Saya tak mau bagi rasuah. Saya suruh pakcik saman saja saya, tapi pakcik degil nak juga Rs100 duit biasiswa saya. Tak pe lah kali ni saya sedekah duit tu. Kira halal, kalau rasuah saya berdosa sama. Saya bersangka baik. Mungkin pakcik nak cari duit lebih untuk sambut Diwali.
Sekian, kenang daku dalam suapan gulab jamun-mu. (Oh, saya tak doa pakcik tercekik!)
Yang benar,
Saya.
Bukan saja saya, Abang Lori pon pakcik minta rasuah juga.

Oh tidak!
Naik-turun penimbang. Kecewa. Penanda tak selalu ke kiri, lebihnya ke kanan saja. Tadi aku ke Herbalife beli stok baru. Dah lama berhenti minum shake, hidup pasif saja hasilnya membelon sungguh. Tak boleh jadi. Aku beli stok 5 bulan, kalau ada yang mahu aku boleh jualkan. Leceh selalu nak beratur di kaunter. Alang-alang ada membership card baik beli banyak untuk stok.
Aku jadi terfikir. Perempuan kebanyakannya takut sungguh gemuk. Tapi pernah tahu tak di satu sudut dunia, gemuk itu cantik? Diagungkan. Perempuan Mauritania semuanya gemuk dan dipaksa gemuk, sampai pil-pil untuk menambah berat badan satu kemestian. Pelik tapi benar. Lelaki di sana lebih bernafsu pada perempuan gemuk, semakin gemuk semakin hot. Benarlah beauty lies in the eyes of the beholder.
Perempuan Mauritania.
P/S Tapi aku tetap mahu voluptous (macam Monica Bellucci oh idola-ku)

Monday, November 1, 2010
Hantu topeng.
Alhamdulillah aku mewarisi kulit mulus daripada Tok Rafeah, ibu ayahku. Tapi itu hanya untuk 17 tahun hidupku. Pelik bukan. Sewaktu kawan-kawan sebaya di sekolah menengah berperang dengan masalah jerawat, tiada satu jerawat pon singgah di wajah aku. Keluar all-girls school dan masuk ke KMB, mulalah jerawat naik ke muka. Nis selalu mengusik jerawat gatal -katanya (entah gatal di mana tak tau lah). Sejak di Banting muka mula bermasalah (oke exaggerate, bukanlah sampai ke tahap Grade 4 acne. Mak cakap mungkin aku allergy dengan sesuatu, makanan atau air. Entahlah. Semalam Raajeshwari suruh aku cuba produk muka ini. Mahal juga harganya tapi jauh lebih murah dari set SKII. Tiada dalam gambar, facial mask dan night cream.
Murni, adik bongsu aku juga punya jenis kulit yang sama seperti aku. Tanpa jerawat, umurnya 17 tahun bakal hadapi SPM hujung bulan ini. Pesan kakngah; hati-hati takut masalah kulit yang sama timbul nanti.
Tej datang ke rumah dan menjerit apabila aku bukakan pintu. Lampu luar rumah rosak, gelap-gelap aku muncul bermask bagai. Terkejut malam Halloween.
P/S kita tunggu hasilnya sebulan lagi. Oh, Monica Bellucci!
Herbalife skin products.

Subscribe to:
Posts (Atom)