Dah empat tahun tinggal di bumi Mahatma ini, aku seronok turut sama merayakan Diwali. Bukanlah ikut sekali ke kuil-kuil Indians tapi seronok menyertai perayaan mereka (dan makan manisan yang sedap). Ya, itu sebabnya. Indian sweets! Baru tadi balik kelas gaya-gaya letih buka pintu, jiran aku Tej tegur dari belakang. Sempatlah borak-borak puji baju dia cantik (ambil hati tak lah cantik agak pelik kurti itu tapi mungkin cantik di matanya). Tej kata dia nak bagi manisan sempena Diwali Jumaat ni. Dia mau tau apa kegemaran aku. Sebagai gadis pemalu, aku shy2 cat cakap tak payahlah susah-susah (sedangkan hati girang buat list). Tej cakap okaylah gadis cantik (ini aku tambah), later I'll bring you varities of sweets then you can choose. Yes! (jerit hati kecilku) Tapi aku hanya ucapkan terima kasih. Tiba-tiba aku teringat usaha menguruskan badan (untuk jadi seperti Monica Bellucci), maka terkuburlah kegembiraan itu tadi. Tak nak Tej terasa makanya aku terus Google mau hafal nama manisan. Nanti bila dia bawakan sweets tu aku cuit-cuit sambil berborak tunjuk pandai taklah terlebih makan. Ini manisan yang haruslah dicuba (untuk sesiapa yang belum kena diabetes).
Selalunya bila melawat Indian friends aku, mereka hidangkan jenis-jenis manisan ni. Kira paling famouslah.
Ini namanya Sohan Papdi. Kegemaran MrS!
Jangan main-main, jelebi ini boleh menyebabkan ketagihan (tak boleh stop sekali makan). Sedap tapi manisnya alahai (sugar intoxicated dibuatnya). My all time favorite haruslah gulab jamun (dan kerabatnya Rasgoola)
Gulab jamun
Rasgoola
Sekarang boleh jawab tak kenapa Indians populasi Diabetics tertinggi di dunia?
My all time favourite kat Dhaka dulu is Jelebi. Not the huge ones like we have in Malaysia, but the cute mini ones and especially when they are piping hot. Sekilo boleh habis!
ReplyDeleteKalojam pulak kegemaran my son while my husband likes Rasgoola.
Your entry buat I terliur lah! :-)
Kalojam is a Bengali sweet, widely served in West Bengal and Bangladesh. I like it too. There are huge varieties of sweets here, mostly I never seen in Malaysia. Tapi sugar intoxicatedlah, lemak-lemak manis semuanya ;)
ReplyDelete