Itu yang aku rasakan beberapa hari ini. Entah PMS yang mulai menggila, entah banyaknya pressure (alahai, pressure!) yang akhir-akhir ini rasanya tidak pernah berhenti. Aku sendirian lagi melihat langit. Kosong, yang ada hanya gelap tanpa titik-titik cahaya. Aku berasa cukup dalam keheningan yang tenteram itu. Kebelakangan ini aku lelah berfikir, mempersoalkan sesuatu dan penat mengurus emosi. Menikmati setiap minit pada malam yang samar-samar bintangnya, aku terasa damai.Dalam tatapan kosong dan sisa airmata yang mengering di pipi, peliknya aku masih bernyawa.

Aku rindu akan dua manusia itu, yang mengalir di tubuhku kecintaan mereka. Aku mahu kecekalan ayah dan kesabaran ibu. Juga rindukan ayah cik dan masa-masa lalu di Selayang.

Ayah cik (he's like my second father)
Adik boleh ubatkan mak.
No comments:
Post a Comment