Happy Father's Day to the these important men in my life –
Dear Ayah, Faiz, and Hafiz. Have a good one today!
Ayah pura-pura jual mahal tak nak ambil gambar.
Ayah saya kelakar, tapi selalu dengan falsafah yang bermakna. Kalau sedih, ayah selalu bagi idea, idea untuk jadi gembira. Ayah oh ayah! Dalam email atau bualan di telefon, ayah selalu pesan jangan tinggal solat dan jaga kesihatan. Itu dua pesan yang tak pernah ayah lupa. Ayah, kakngah mungkin bukanlah anak terbaik yang ayah harapkan tapi dalam kehidupan ini kakngah akan cuba untuk menyenangkan hati ayah. Sama seperti ayah menyenangkan hari-hari kakngah. Waktu kecil, ayah bawa kakngah ke pantai. Kakngah tak lupa renungan ayah sambil memegang erat tangan kecil kakngah. Ayah mahu kakngah gembira, dan kejar apa yang kakngah percaya.
Faiz with his Alam Shah clan.
Faiz Fahmi satu-satunya anak lelaki keluarga Sazali. Dengan ragam empat perempuan yang macam-macam, Faiz jadi lali bersaudarakan kami. Lelaki ini kuat prinsipnya. Kalau nak cerita kisah hidupnya, aku jadi malu akan diri sendiri. Faiz menempuh pengalaman yang lebih luas daripada aku yang tiga tahun lebih dulu melihat dunia daripadanya. Kakngah doakan yang baik-baik untuk Mie.
Hafiz and yours truly in En.Khai's karaoke room.
Hafiz hadir secara senyap, meneroka hati tanpa aku sendiri sedar niat dan pengharapannya. Mengenali lelaki ini seperti belayar di laut lepas. Aku ada masanya jadi rimas dengan dugaan untuk memahami. Tapi selalunya pelayaran itu tenang sekali dengan sifatnya yang menenangkan. Aku jadi tertarik, akan sifatnya yang berlawanan. Seringkala aku melihat dia seperti pengganti arwah tok wan dalam hidupku. Sifat mereka sama, dan aku senang sekali. Harapnya kita dapat sama-sama belayar ke jiwa masing-masing dan berlabuh di sudut hati secara kekal. Tanpa syarat.
Happy Father’s Day to all daddies out there too!
biar sampai.. (sambung lagi)
ReplyDeleteKBKK..
zaman KBSR, KBSM
zaman MBBS kalau pakai jugak, bahaya..
brrr... =p
wah2..
father's now and soon to be nih..
menarekk..
alang-alang menyeluk pekasam
ReplyDeletebiar sampai lulus MBBS
[itulah peribahasa penuhnya kwn2]
;)
KBKK kalau pakai untuk MBBS,jenuh examiner nak google check latest theory sbb byk sgt teori baru akan dicipta oleh kita2.
apa lagi rashid,,kena buat entry mother's day utk real and soon-to-be mom pulaklah kamu ;p
sweetnye ayat2 lin
ReplyDelete=)
g'luck with the bismi project! salam syg~
dihe',
ReplyDeletethanx.doakan yang baik2 ye utk program tu.nanti lin uploadkan gambar2 utk dihe'.