Pernah terjadi tak, kita rancang sesuatu tapi tak berhasil sepertimana kita mahu. Dah betul-betul plan dengan teliti, yang secara logiknya tak patut gagal. Tapi gagal juga nak capai apa kita mahu. Seolah-olah ada 'sesuatu' sedang cuba bermain-main dengan kita. Mahu menguji di mana tahap kita merancang sedangkan Dialah yang memberi jalan untuk langsai atau tidak.
Pagi tadi, tak macam pagi sabtu lain. Sebabnya tak payah haru-biru mengejar bas yang 7.30am lagi dah ke Baptist Hospital. Tak ada clinical posting sampai januari. Syukur? Mestilah kan, dapat 'bermanja-manja' di rumah menikmati erti luang. Duvet tu masih lagi nikmat tapi tak boleh tidur lepas subuh. Seronok pula baca Microbiology yang dah lama tak bersentuh tu. Sibuk. Entah apa yang disibukkan, dunia je kan?
Aidiladha lepas aku buat korban untuk tok. Satu bahagian cost me just rs1050, lebih kurang rm95. Murah sangat. communication breakdown. Aku cakap dengan Hanafi nak 1kg daging, yang lain-lain tu sedekahkan. Alih-alih orang hantar bukan 1kg tapi 4kg daging. Tak tahu nak bagi siapa, ramai kawan-kawan buat korban jadinya masing-masing terlebih pula daging. Nak bagi jiran, menempah maut sebab semua jiran aku strict vegetarian yang sah-sah bencikan manusia yang sedap meratah lembu tuhan mereka tu.
Dengan niat (suci), aku terfikirlah nak masakkan untuk kawan-kawan. Poknik dah sukarela nak bawa daging tu ke pasar suruh butcher tolong mince semua daging tu. mrGM nak makan begedel, Poknik nak triffle, Awien pula layan je semua. Lagipon nak hantar sikit untuk Ezza dan Alia yang titipkan kami beaf BBQ and mashed potatoes semalam. mrGM dan poknik sama-sama ke pasar tapi sampai je machine tu rosak (itu kisah semalam). Hari ni mrGM dan poknik dengan cemerlang merempit ke pasar lagi sebab butcher tu cakap machine tu confirm dah jalan hari ni. Aku pon dengan yakin siapkan semua barang-barang nak masak. Lama pula jejaka-jejaka tu pergi, aku call mrGM. Memang machine tu dah ok tapi tiba-tiba elektrik tak ada. Esok 8pm baru Yeshwanthpur Market tu dapat electric supply. Terpaksa cari jalan lain sebab dah siapkan semua bahan nak masak takkan nak biarkan sayur-sayuran dah potong tu sampai malam esok. Alih-alih diorang cari kheema(minced) chicken. Siap juga spaghetti, begedel dan triffle untuk diorang tapi tak dapat merasa daging korban. Itulah kan, kita dah plan dengan yakin tak jalan juga.
Chicken spaghetti
Terima kasih Farid Nazmi yang susah-payah datang malamnya dengan mee hailam dan nasi minyak (tapi bukan dia yang masak). Bosan makan masakan sendiri, food orang memang nikmat.
p/s I gained 0.6kg on Hari Raya Haji. Thank goodness Raya is not every day.
salaikan sahaja daging2 tu, boleh simpan lama, hehehe.
ReplyDeletebila nak ajak sy makan nie?
ReplyDeleteacu,
ReplyDeletemalaslah faiz nak salai2 ni.rasa nak bagi org mkn je senang sikit.
kopijantan,
ReplyDeletemasak untuk kawan-kawan terdekat je.susahlah klu nak jemput semua msians kat india ni:p
oooo boleh bagi abang,
ReplyDeleteadik x dapat pon!!!!
pilih kasih.. waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!
iman,
ReplyDeletebkn pilih kasih.semua 'anak2' ibu gak tapi dah abg tu semangat gi yeshwanthpur(walaupon xberjaya),so kenalah bagi dia food.
adik jgn merajuk.gi suruh bapak masakkan okies;p
suh bapak masak??
ReplyDeleteerrrr pikir 100 kali dlu kot..
hohoho ampuun bapak!!
iman,
ReplyDeletebegitulah anak-anak kalau bapak tak bagi kasih sayang secukupnya,anak-anak akan mempunyai symptoms kekurangan kasih syg.Maka mereka pon sama ada menjadi attention seeker atau attention defficient.
setakat ini kuliah kita.
lol.
sape mrGM tu kak lin?hehe...
ReplyDeletekwn kaklin kat sini,your senior juga.tiada apa2 antara kami...(gelak balik)
ReplyDelete