Juan Mann and his random acts of kindness
India
dan Malaysia
Selama ini aku ragu tentang nilai suatu pekerjaan. Namun kini aku mulai belajar, bahawa pokok akan sentiasa berbunga di musim semi, berbuah di musim panas, menggugurkan daun-daunnya di musim gugur untuk akhirnya benar-benar telanjang di musim sejuk, tanpa merasa diri paling mulia ataupun hina.
[Kahlil Gibran]
Hari ni sepanjang hari tak ada kelas.Pagi tadi aku habiskan 2 jam di Mavericks, gara-gara terasa diri semakin membulat. Masa di Mavericks tu bukan hanya untuk membuang lemak di badan saja sebab hari ni aku belajar sesuatu. Aku perasan satu iklan yang ditayangkan di tv sudut kiri barisan treadmill pasal free hug campaigns kat Delhi. Menarik.
Falsafah di sebalik gesture tu sangat mudah tetapi penuh makna. Menjadikan sebuah pelukan sebagai terapi untuk mengembalikan sesuatu yang kita hilang dalam kehidupan, menunjukkan dalam kesibukan dunia masih ada yang peduli. Dalam ilmu paeditrics, sentuhan seorang ibu mampu merangsang pertumbuhan kanak-kanak dan meningkatkan daya fikir anak tersebut. Seorang anak yang sentiasa menerima pelukan semasa membesar akan lebih menghargai kehidupan dan menjadi dewasa dengan lebih produktif. Orang dewasa juga perlukan pelukan. Pelukan seorang suami terhadap isterinya mampu membuang jauh kepenatan bekerja, pulang pula memasak untuk keluarga, mengemas dan menyediakan keperluan suami. Dengan hanya sebuah pelukan, kebahagiaan yang dirasa akan disalurkan kembali kepada suami. Maka, pasangan akan saling menyokong kerjaya sesama sendiri. Sekaligus membina sebuah keluarga yang lebih harmoni. Hanya dengan sebuah pelukan.
Tadi aku ke rumah Fadhliah, mahu solat Maghrib berjemaah. Hari ini sejuk sungguh, penat. Tak bersemangat nak menghabiskan Pathology yang terasa banyak pula. Tapi, selepas bersalaman dan berpelukan sesama muslimah terasa dekat dengan kawan-kawan dan adik-adik. Entah bagaimana, balik ke bilik macam-macam dapat disudahkan. Patutlah digalakkan solat berjemaah kan. Sentuhan melalui salam dan pelukan benar-benar dapat mengubah hari kita.
Mungkin free hugs campaign tu kita boleh teruskan di Bangalore pula. Kita modifylah, yang perempuan peluklah perempuan dan begitu sebaliknya. Takut kaum berlainan jenis tu terlebih semangat pula nak turut serta kan (gelak lagi). Pelukan secara random tu mendekatkan kita, membuang perbezaan bangsa, agama dan status sosial. Kita menjadi setaraf. Bukankah di mata tuhan kita juga sama, kecuali amal yang kita lakukan (ini Nik Zihana cakap).
Berfikir-fikir.
No comments:
Post a Comment