Saturday, October 18, 2008
Apa kau fikir tentang orang yang tak pernah kau kenali secara rapat, tapi apabila matamu bertemu dengan parasnya, jiwa melonjak dan kau tahu entah di kehidupan mana, kalian pernah bersua dan hati pernah bersatu?
Dia yang entah dengan cara bagaimana, telah mencetuskan percikan di hati sejak pertama bertemu. Dia yang merebut hatimu tanpa perlu berupaya, kerana jiwa kalian telah berputik kemesraan. Dia yang selalu membuatmu tersenyum damai tatkala mengingat wajah atau sekadar mendengar namanya disebut. Dia yang kau selesa, tanpa takut mengungkap rahsia-rahsia tergelap yang tak pernah berani kau laungkan kepada dunia.
Izinkan aku punya cinta yang tak lekang oleh wajah tua, rambut beruban, gigi kosong, lusuh dan pakaian seadanya. Cinta laksana embun pagi, sinar mentari, dan semilir angin yang selalu ada setiap hari.
Sederhana, dan sentiasa baru.
Jangan salah anggap. Aku bukan sedang bercinta, apa lagi mencari cinta. Aku hanya berkongsi perasaan kaklong selesai rutin kami ber'gossip' isu-isu keluarga setiap kali panggilan jauh aku dijawab. Kaklong sedang bahagia, menyemai cinta bersama bakal abang ipar yang jika tiada aral mahu mereka bertunang tahun depan. Langsung diijabkabul pada tahun yang sama. Perkenalan mereka singkat, lantas jatuh hati. Takdir tuhan. Perkenalan juga atas restu keluarga. Aku doakan yang baik-baik saja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment