Thursday, October 2, 2008
Id-ul-Fitr
Aidilfitri di Bangalore.
Hari ni 1 Syawal di Bangalore. Sunyi. Kalau bukan kerana undangan makan di pagi raya Hafiz, mungkin hari ni sama seperti hari-hari biasa. Lengang, tanpa kawan-kawan lain yang bercuti di tanahair. City Supermarket (Tawakkal juga) tutup, ye lah kan owner tu muslim. Nak juga beraya. Mama Hafiz (she looks younger than her age!) dan ayahnya sangat peramah (sometimes a bit sarcastic). Macam-macam yang diborakkan. Fariz pendiam, observer macam Hafiz juga. Besi-besi di gigi ni membataskan nafsu yang mahu saja habiskan lemang di meja tu. Alih-alih makan sikit je, despite my craving since few days back.
Kalaulah hati ini senang dipindah-pindah hinggapnya, mudahlah nak mengatur perasaan. Apa yang tersirat itu patutnya disimpan saja. Mungkin yang nyata di pihak sini jadi mainan pula di hati sana. Entahlah. Kalaulah Dublin itu seperti bersiar-siar ke Garuda, mahu saja aku ketuk pintunya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment