Sunday, October 5, 2008

Entahlah

Semalam Farha telefon aku selesai solat maghrib, cepat cakapnya minta aku uruskan Ruby yang ketinggalan flight Sri Lanka. Ruby belajarnya di Manipal,tersilap masa penerbangan alih-alih terpaksa beli tiket baru di KLIA. Sampai di BIA sudah lewat malam, kaunter tutup tak dapatlah dia beli tiket Kingfisher ke Manipal. Alhamdulillah. Aku uruskan Ruby menginap di rumah aku dan sepagian kami mencari tiket bas untuk dia pulang ke Manipal. Segalanya lancar saja. Kesian pula Ruby, muda setahun dari aku. Masakkan dia nasi lemak untuk makan tengahari, selera dia menjamah. Lapar agaknya.

Aku telefon kaklong yang sudah pulang ke UIA. Banyak yang diborakkan. Untungnya ada kakak yang beza cuma setahun,belajar di all girls school dengan pengalaman yang mirip membuatkan banyak perkara mudah disampaikan. Lebih memahami. Bersembang pasal bakal abang ipar yang berkunjung ke rumah kali pertama. Kelakar. Disiasat ayah sampai kaklong pon naik risau. Nasiblah dia tenang saja, mungkin keikhlasannya pada kaklong memudahkan dia mengambil hati keluarga. Alih-alih aku pula dapat nasihat percuma. Bercakap pasal cinta, aku dengarkan saja.

Cinta itu sentiasa dan selamanya misteri. Cinta tak perlu dikejar kerana cinta itu sendiri akan memilih untuk singgah di hati siapa. Terimalah kehadiran cinta itu dengan segala misteri di dalamnya apabila telah datang mengetuk pintu hati. Sekiranya mencintai seseorang yang tidak membalas cinta itu, janganlah merasa tersisih. Kalau dicintai seseorang yang tidak kita cintai, anggapnya satu penghormatan buat diri. Maka kembalikan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur. Apabila cinta memilih untuk pergi, relakanlah kerana ada yang tersembunyi dengan makna yang telah tuhan takdirkan.

Well said kaklong.


Entahlah.

A perfect chocolate bar should be bitter sweet, not all sweet, and certainly not all bitter, for then you lose all the fun. Itulah kehidupan, itulah cinta. Ada pahit dan manis, gelap dan terang, siang dan malam, hidup dan mati. Cinta bukan untuk dimengerti, tapi untuk dinikmati.

2 comments:

  1. Salam Lin,
    suka baca tulisan Lin...this post menarik...ayat2nya simple tapi penuh makna...huhuhu...bila pikir balik, betul apa yg Lin tulis tu n semua orang patut pikir da same way...

    ReplyDelete
  2. wsalam syikin,

    sihat ka?saja2 menulis,harapnya dapat berkongsi.

    dah lama xjmpa kan.ingat lagi x syazwin (my kaklong)?dia dah nk grad pon from UIA.lin je lah yg lama lagi.

    ReplyDelete