Hari ni aku ada dental appointment dengan Dr Preethi, 2 batang gigi harus mengucapkan selamat tinggal kepada yours truly. Dari semalam aku tak makan apa-apa (minum susu je) sebab ulcers kat mulut lepas fixing metal gadgets atas gigi-gigi aku yang comel. Lupa nak minta lubricant gel daripada Dr Matthew, si orthodontistku itu. Masa Dr Preethi (yang memang pretty dengan Hollywood smile [Bollywood?] ) tu cabut gigi, aku dah rasa pening-pening. Sebelum cabut lagi satu gigi, aku bangun lah jap jalan-jalan ingatkan nak berborak dengan kakak counter yang comel tu. Tiba-tiba, gelap!
Aku pengsan.
Buka mata, aku tengah baring atas dental chair bilik sebelah. Bikin gempar satu klinik tu. Dah ok kena pula ceramah dengan Dr Preethi, tegur-tegur manja (tak kan nak marah kan, aku bayar tau) patutnya aku tak boleh biarkan perut kosong. Merana tau jiwa tapi yang menariknya (ye ke?), aku turun 1 kg dalam masa 5 hari. Semuanya sebab class 3 malocclusion yang perlu dibetulkan ni (read). Aku perlu pakai braces 6 bulan, April-Mei tahun depan atur surgery untuk betulkan lower jaw. Kemudian pakai lagi braces selama 6 bulan, maksimanya 1 tahun.
cikNa kat Malaysia tu harapnya juga terbitlah rasa bersalah meninggalkan aku dengan membawa pulang kuih-kuih raya yang lazat ke Bangalore ini. Tidak ketinggalan cikAsilah, Ilani, incikHusni, al-Hadi mahupon incikArif dengan ucapan i still can survive without you all (ayat riak). Awien cepatlah balik sini (sob3).
case aku begini.
Mahu tak mahu, kena redah je keperitan bergigi besi. Dulu tak ketara sangat malocclusion tu tapi makin dewasa (bukan tua) ni, takut makin jelas. Agaknya mungkin sebab satu lagi gigi tu sedih nak berpisah dengan yours truly semua ni ditakdirkan (konon), ada lagilah masa nak berjasa pada aku sebelum my next appointment this monday. Tak kesampaian nak gi register kelas piano sebab kejadian satu hari di bulan Syawal ni. Melayang rs65 dibaham Trust Chemist&Druggist tu nak dapatkan
Senolin Orthodentic Brush
Dologel Ct 10g Cream
Ibugesic Plus Tabs
Aiya!
ish
ReplyDeletecamne sampai boleh pengsan
kesiannye...
x yahlah pakai braces
cam kesian je
nnti sakit mulut sampai x boleh makan
nnti x pasal2 lin jd tersangat kurus
hilang nnti kecomelan lin..hehe (^_^)
faeiz,
ReplyDeletesbb xmakan kot,perut kosong.cabut gigi kan keluar byk darah.
mana ada comel.tapi memang sakit,nak makan pon trauma sbb sakit bila kena ulcers tu.sob3