Sunday, October 19, 2008
JASSI dan kita akan bertemu.
Kalau kita melakukan yang terbaik dan disalahfahami, biarkan saja. Itu hanya menguji keikhlasan kita. Kalau kita betul-betul ikhlas,dianggap bagaimana sekalipun, diperlakukan apapun seharusnya kita tidak akan terpengaruh. Selamat berjaya untuk team members JASSI '08. Juga protem IMAM-India Chapter lain yang juga manusia-manusia terbaik yang aku kenal, yang telah menjadi 'rumah' bagi begitu banyak idea. Terima kasih kerana tak pernah lelah mengingatkan, menegur serta memberi inspirasi. Dan terima kasih atas sebuah kepercayaan untuk usaha ini.
“Bermimpilah, kerana Tuhan akan memeluk mimpi-mimpi itu.”
Seorang anak bertanya kepada Tuhan:
Engkau itu sebenarnya siapa?
Tuhan balas bertanya:
Menurutmu, siapa aku?
Anak itu terdiam, lama.
Tuhan menemuinya tiap kali dia bersimpuh dengan tangan terkatup di tikar solat, mengabulkan doa-doanya dan mewujudkan mukjizat dengan cara yang tak terselami akal. Tuhan mendengar semua keluhan yang disampaikan dalam larik-larik kalimat bernama doa. Namun dia masih merasa asing. Hatinya kerap tak puas, sibuk mencari, entah apa.
Menyoal Tuhan yang hakiki sama saja menyangkalnya. Sejak kecil dia telah diajar untuk tidak mendebatkan Tuhan yang mahakuasa. Tuhan itu ada untuk disembah. Untuk diagungkan. Untuk menerima dan menjawab doa. Sejak belum fasih bicara dia telah mendengar. Sejak belum lancar berjalan dia telah duduk dalam kumpulan orang-orang suci; mendengarkan nas yang tak dimengerti, cuba juga difahami dengan akal secuil. Jiwanya tak pernah berhenti mencari. Sesuatu, entah apa. Ada sepotong rindu yang terus mengusik, mengingatkan bahawa pencarian itu belum selesai, meski dia tak tahu apa yang perlu ditemukan.
Bagai sungai yang mengalir, membasahi hati.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment